Friday, 20 April 2012

Sukantara.

                                                                                      Assalamualaikum! :-)

Setelah dua hari berturut-turut berjemur tengah padang yang panas terik tu akhirnya sukantara untuk tahun 2012 sudah abes. Oh gembiranya hati eden. Hehe. Tapi ni baru sukantara. Belum sukan tahunan lagi. Sukan tahunan bulan 6 nanti. Lambat lagi. So sepanjang dua hari sukantara ni berlangsung aku amek bahagian dalam semua acara *ceh* maksud aku, aku main lah semua acara dia. Sebab memang semua orang diwajibkan pun amek bahagian. Keh keh.

Sukantara ni mula dia hari rabu-khamis. Rabu, ada lompat tinggi dengan lompat jauh. Lompat jauh aku memang jauh. Jauh sangat sampai dekat... hm tak lepas pun sebenarnya *so sad* Nak buat macam mana , aku lompat macam tak nak lompat je. Lepas dah buat tu rasa macam ya Allah, menyesal gila tak buat elok-elok. Hm.  Then lompat tinggi. Sape suka lompat tinggi dekat sini? Oh aku sure tak ramai yang suka. Lagi-lagi perempuan. Memang takkan pernah suka. Sebab nya? sebab malu nak lompat. Yela dia kena baring sekali oh. Dahlah ramai orang tengok. Rasa tak nak buat tu lagi lah menebal. Dann aku tak lepas jugak untuk lompat tinggi ni. Rendah-rendah pun still tak lepas lagi. Entah kenapalah dengan aku ni. Eee swear cakap, nak buat lagi. alaa boleh lah boleh lah :\

Hari khamis. bersamaan dengan 19.4.2012. hari ni lah kan? Haha k. Hari terakhir sukantara. So, hari ni kita orang buat lontar peluru dengan lari 100 metre. Lontar peluru tak payah cakaplah kan. Memang tak lepas. Berat kot benda alah tu. Tapi amy lepas. Keding-keding dia pun lepas tahu? Eh malunya aku yang gemuk ni pun tak larat nak lontar benda tu jauh-jauh. Oh kecewa lagi.  Lepas abes lontar peluru pergi padang. Kita buat 100 meter. 'yeay' T.T Lari-lari ni aku lagi lemah. Aku tak kuat lari. Tapi aku try jugak lari sekuat yang mungkin.   and guess what? aku dapat no.3. Wohooo. tpi malangnya no.3 dari belakang. hm i've try my best okay!!


Pehal ni? *excitedface.jpg*

Hehe. ehem ehem rumah kuning no.2 dan aku rumah kuning tu okay. Hehehehehehe. Bangga kejap. K dah jap je. Mula-mula no 1 tau. Tapi dah tambah tolak apa semua terus dapat no.2 Okay lah tuh. Dan rumah kuning telah dikalahkan oleh rumah biru yang dah boleh pergi masuk laut dah. Eh tak tak. Aku gurau je. haa janganlah bash aku pulak. Hehe.  Ye aku mengaku rumah biru sesi petang lah banyak yang terer-terer. Lagi-lagi masa lompat tinggi tadi ramai yang lepas. K korang k. Kaki panjang boleh lah kan :P tapi kenapa dah menang apa semua kutuk rumah kuning? depan-depan aku pulak tu. Hm sakit hati eden. tapi takpe. ni baru sukantara belum sukan tahunan lagi derr

Jadi mojoritinya aku dah makin gelap sebab sukantara ni. Haha okay ni tiba-tiba. Cuma rasa macam nak buat sekali lagi je sukantara ni. Tak puas hati. Sebab kebanyakkannya aku dapat satu markah je. hmm k whatever. So, kepada rumah kuning *rumah sukan aku :p* sila rasa bangga sebab kita dapat no.2. dan kepada rumah hijau dan merah, korang chill. Ni baru sukantara. ada masa lagi nak kejar k. dan rumah biru, bersedia rumah kuning akan potong anda brengg brengg~

Tangan sakit, pinggang sakit.  Wuu me need some rest. K adios!