Gambar masa darjah enam ni. Dulu shahira demok tapi sekarang mungkin bertambah demok. Haha k gurau.
Dulu kita orang waktu sekolah rendah rapat. Satu kelas lah katakan. Kita orang ada pergi kem sama-sama. Tapi masa kem dia selalu je tinggalkan aku. Jahek. Tapi jangan risau shahira, sayang aku dekat kau takkan pernah kurang even sikit pun :-) Hm dia ni pandai. Pandai okay. Berapa A eh kau dulu? Aku lupa dah. Haha. Tapi for sure dia lagi pandai ah dari aku ni. Then naik form 1 dia sorang je kawan aku yang dapat satu sekolah dengan aku. Tapi dia sekejap je satu sekolah dengan aku. Dia masuk asrama. Hm sedih nak mati aku oh masa tu. Sebab masa tu aku memang tak ada kawan rapat langsung. Tskk tskk Tapi sekarang dah ada. Keh keh
Hm semalam lepas je dia tag aku dekat post ni terus perasaan rindu tu datang membuak-buak. Ala kau balik awal pun kau bukannya nak jumpa aku kan? Ish. Hm kalau dapat jumpa kau memang aku cubit perut buncit kau tu :P Ya Allah, kau berilah peluang untuk kami berjumpa. Rindu tak tertahan ni.
Oh lupa nak cakap shahira ni dia kuat makan. Tengok tu , kalau ada buat open house kena sediakan makanan banyak-banyak hanya untuk dia sorang sahaja. Amboi. Belum sempat tetamu lain nak makan, kau dah bedal semua dulu. Haha. Ala aku pun kuat makan jugak sebenarnya. Hehehe. k shahira, if kau baca entry ni i just want you to know that i miss you so much. Takecare okay, shahira dekat asrama tu? Hihi Aku dekat sini akan selalu mendoakan kesahjeteraan kau ❤
