Saturday, 24 March 2012

Life.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera dan salam satu malaysia dan hai dan hello dan hey dan whatsupp. Kata-kata pendahuluan yang panjang. Takpelah, tak ada orang buat lagi macam ni kan? saya sorang je yang buatkan? ewah ewah. Kuiikuii. Sape rindu saya? Angkat kaki dah tangan anda! Kehkeh sape je yang nak rindu saya ni kan. Takpe takpe saya redha dengan ketentuan ni :-\ Eh tolong jangan nak sedih sangat elyna woi.

Life? bagaimana life korang? tenang? penuh dugaan? teruk? Kalau korang rasa life korang teruk korang kena ingat yee ada lagi yang lebih teruk dari korang. Life saya pulak tak tenang sangat tapi tak teruk sangat. haha kiranya life saya ada kadang-kadang tu tenang dan kadang-kadang masalah datang. Cikgu saya kata, hidup kita ni memang penuh dengan dugaan. Jadi kita ni kena kuatkan semangat kita untuk tempuh dugaan tersebut okay?

Rutin harian saya setiap hari sama je. Bangun tidur pukul 6:45 pagi kemudian amek tuala dan pergi amek wuduk untuk solat subuh. Memandangkan saya sekolah petang,abes sahaja solat saya akan sambung tidur balik, pukul 11 macam tu baru mama kejut saya untuk  makan dan siap-siap untuk pergi sekolah. Biasanya, saya ambil masa yang lama untuk bersiap. Pukul 12:30 baru saya betul-betul siap pakai baju sekolah apa semua. Lama bukan? Ala perempuan biasa la.

Menunggu ketibaan cik shidah *ketuk drum* hampir 10 minit saya tunggu acik van saya yang paling omey di alam semesta ini datang amek saya di rumah dan bawa saya ke sekolah untuk belajar bukan usha crush ye u.u Sampai sekolah biasanya dalam pukul 12:50 minit macam tu. Jarak dari sekolah saya dengan rumah cuma 10 minit je kalau naik van la kalau jalan kaki mau 30 minit. Jauh k jauh. Entah macam manalah orang boleh kata rumah saya dengan sekola tu dekat. Haiyoo

Sampai sahaja sekolah, saya mesti akan jumpa lisa dulu. Maklum sahajalah, dia kan twin forever saya. Jumpa dia borak-borak pasal mimpi kita orang , 'cuba kau bayangkan', kutuk orang. Oh itulah kami. Hari-hari buat boring pulak. Tapi dah macam tu cara kami berkawan. Jadi macam tu lah selamanya~ 6 jam saya berada di sekolah. Bertugas , belajar dan gelak cam orang gila. Itu sahaja yang saya buat dekat sekolah. Boring jugak.

Tepat 6:40 petang loceng berbunyi, saya mesti nak balik rumah. Tak nak saya bermalam dekat sekolah tu. Dah ah creepy. Naik bulu roma. Acik shidah yang comel lote tu akan tunggu saya di seberang jalan so means saya kena lintas jalan lah. Saya akan lintas jalan dengan miera dan aisyah. Kami lintas biasanya tak pimpin tangan pun. Geli ah geli. Hehehe. Kalau time time balik ni, biasanya suami cik shidah yg amek tapi sekarang cik shidah sahaja yang saya nampak amek kita orang. Okay takpelah janji sampai rumah.

Selepas sahaja cik shidah turunkan saya di depan pintu gate rumah saya yang tak berapa nak indah tu, saya terus bukak kasut dan tak letak pun atas rak kasut *pastu kena marah dengan mama* bagi salam, bukak stokin pergi dapur dan mula kan sesi mengadu dengan mama saya. Mama saya hari-hari dengar semua aduan saya. Bagus bukan? Ye ye saya tahu tu.

Duduk dapur mesti nak makan. So makan lah dinner. Abes dinner saya naik atas dengan beg saya yang berisi batu bukan buku tu, saya masuk bilik saya yang macam tongkang pecah tu, amek tuala dan mandi dan bersiap sedia untuk solat manghrib. Abes solat manghrib, saya amek beg dan check homework eh tak saya tweet via sms dulu. Hehe. Buat lah homework yg banyak gilo tu, buat-buat sambil tu dengar lagu foster the people yang bagi saya tak pernah membosankan. Hihi forever foster the people!! <3

Bila dah abes buat homework ni saya baring atas katil dulu for a few minutes konon nak melepaskan kepenatan , then saya mulakan benda yang paling waste time.Online. Bukak fb, tengok notifications ada 1-6 je. Tak pernah lebih dari tu. Tak heran ah. Click newsfeed, scroll-scroll nothing much. just bored.  Syok-syok online tak sedar dah pukul 12. Mama naik atas, dan suruh saya oppline. Saya pun offline dan sebelum tidur saya solat isyak dulu kemudian baru saya tidur. Dah. Tuh sahaja. Boring bukan life saya? Saya tak ada on on call dengan bf ke, text dengan bf ke. Tak ada k? Nak buat macam mana kan, tak ada orang nak. Layan kucing je lah *tetibe*  See, kalau korang rasa life korang bosan, tengok life saya ni. Lagi bosan. Tak ada yang menarik langsung dalam life saya ni. Everyday sama je. Tapi ni lah life seorang pelajar bukan? eh yeke? Hahaha. Okaylah sampai sini sahaja cerita saya, kalau awak rasa bosan ke tah pape ke tak suka ke dekat owner blog ni ke kan  tak payah waste time baca. Saya tak kesah :)

Ni mungkin kali terakhir awak nampak saya berbaju hijau ni. Mungkin. Sebab nanti.......

Saya bagitau.

K bye.

No comments:

Post a Comment